Hari Keenam di Kuala Lumpur ;)

Hari ni Miera dengan kekawan dia dah plan nak keluar beli barang then nak buat cake ;) .bunyi macam seronok kan , baru bunyi belum buat lagi *hehe . Jadi hari ni kami keluar ber-empat . Miera kenalkan aku dengan kekawan sekolah dia iaitu Si Peah dan Si Atiq ;) Memula jadi bisu juga lah aku , dengar je apa dorang sembang kan , tapi semua tu kejap je percaya lah kalau aku dah bersuara dah mula bersembang , tak henti henti macam dah kenal bertahun *HAHA . Si peah dgn Atiq pun boleh tahan juga kepala gila gila dorang , mmg cepat lah nak masuk , tambah tambah ada si Miera tu lagi lah bertambah melimpah limpah . *HAHA . Sembang punya sembang sampailah kiteorg dekat Tesco , kononnya memula nak beli dekat dekat pasaraya biasa je , tp dah alang alang Si peah ni bawa kereta , terus ke Tesco . Tu pun sebelum tu ada hati juga nak ke IOI padahal beli brg sikit je , mainnya yang banyak *HAHA . Sampai Tesco terus masuk beli barang barang untuk cake . Dah selesai memilih before keluar sure sure lah bergambar , yang kelakarnya beli buah buah , brg cake tapi bergambarnya dekat barang barang baby *HAHA . Selesai bayar , terus ke kereta then before balik singgah kedai Cake sebab nak beli barang mcm tepung , pewarna kat sana , sebab kat sana murah ;) , Dah settle beli barang , terus gerak rumah Atiq , sebab buat cake kat rumah Atiq , lagipun Si Atiq ni selalu buat cake , so segala peralatan comfirm comfirm lah lengkap kan . Kiteorg prefer nak buat pavlova dgn Rainbow cake . Sepanjang hari kat situ dari awal sampai akhir banyak lah drama , lawak lawak bodoh kiteorg . Bila semua yang dirancang menjadi sapa tak seronok kan , mesti lah seronok , Kesimpulannya seronok dapat kenal dua perempuan si peah dgn si atiq tu . dpt buat , rasa cake sesama . Pendekkan cerita kira seronok lah ;) . Jom kita tgk gambar jom . hehe .

bersama miera , peah dan atiq ;)

Finally , Handmade Pavlova and Rainbow cake ;)

;)

Thanks Miera , Peah and Atiq .

Hari Keempat di Kuala Lumpur ;)

Hari ni dah masuk hari keempat aku kat sini , keluarga Alya baik sgt . Seronok dapat kenal dorang semua . Semalam dapat juga lah aku jumpa kawan aku , lepak dekat dekat Cheras tu jeh . Thanks Ejam ;) dan Hari ni aku akan ke rumah Miera dekat Puchong , Lepak sana pula . *Hihi . Dari Cheras nak ke Puchong jauh juga , Si Miera suruh aku naik KTM , sumpah tak reti walaupun miera nak guide aku tapi bila ingatkan Along ada , terus bbm along , bincang punya bincang , akhirnya along datang pick up aku then hantar sampai Rumah Si Miera . *Thanks Along ;) . 

Sesampainya dirumah Miera , aku disambut baik oleh keluarganya ;)

Hari Pertama di Kuala Lumpur ;)

Ahad 28/10/2012 . Pagi pagi pukul 6.30 dah siap siap kan diri , barang-barang before tidur dah kemaskan supaya takda benda yang tertinggal . Perempuan tahu tahu lah kan kalau nak pergi vacation , beg tak lebih dari tiga tak sah *HAHA . Bersiap simple je sebab duduk dalam kereta je kan . Dah siap semua , Breakfast sesama dgn umi abah along dan heera . Perancangan awal nak naik bas tapi abah macam tak kasi , so follow along balik KL sekali , jadi dapat lah pergi awal , hihi . Pasal tempat mana nak duduk tak kisah sgt sebab ramai je kekawan kat sana . Pukul 8 tepat dah gerak keluar dari rumah , rasa sebak sgt nak tinggalkan umi abah sebab baru 2 minggu kat rumah skrg dah nak pergi KL . hmm tapi nasib baik umi abah memahami :) *Terima kasih umi abah .

Dan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim bermula lah perjalanan kami ke Kuala Lumpur . Sepanjang perjalanan aku banyak tidur , sedar sedar eh dah sampai rupanya *HIHI. Sebelum nak teruskan perjalanan ke Cheras , singgah dulu kat Batang Kali , rumah Heera . Jumpa mama , papa dgn kak lin :)

Dalam pukul 11 lebih , terus gerak hantar aku kt Cheras . So far jalan tak sesak sangat , mungkin sebab kiteorg gerak awal pagi . Jadi takda lah sangkut dalam traffic jem . Pukul 1 macam tu aku dah sampai Cheras . 4 hari juga lah aku kat sana . aku lepak sana dulu sebab nak jumpa kawan baru pergi rumah Miera.

First day sampai terus keluar jalan jalan dengan Alya dan Adda . Pergi Times Square , Bb , Sungai Wang , The Curve Damansara , IOI Puchong . Pergi banyak tempat sebab Si Alya ni mencari kasut dengan jeans and finally dapat juga aku beli Cover baru untuk Bb , ada manik liplap liplap lg tau tau *HAHA , Si Adda ni pun boleh tahan juga kelakar dia *HAHA . dia ni kawan sekolah Si Alya ni . Kuat makan pula tu si Adda ni , masa makan meatball sumpah kelakar , konon-kononnya dorang berdua ni lapar , dua dua beli 20 Meatball , aku 10 je . *diet kena lah makan sikit jeh . hihi . Last last semua makan tak habis , aku yang beli 10 pun tak habis apatah lagi dorang . Tu lah ada pepatah pernah berkata "Tamak selalunya rugi" . hihi tapi tadalah rugi dorang ni usaha pergi beli bekas kt dalam Ikea . so bawa balik rumah lah jawabnya . Lepas tu terus gerak IOI puchong then hantar Adda balik , lewat jugalah balik , Kesimpulannya seronok dapat kenal Adda , lepak dgn Alya , jalan-jalan , makan-makan , paling best part bergambar . hehe.

*gmbr gmbr masa kat IOI Puchong .

;)

Selamat Hari Raya AidilAdha

Setiap kali Hari Raya AidilAdha satu family akan balik Kuala Muda , Kedah , dikatakan kalau raya korban memang comfirm balik sana lah sebab satu hal cuti pun tak banyak , nak balik Kelantan mmg tak lah kan , lagipun Raya Aidilfitri mmg akan balik Kelantan dah pun . Kuala Muda keluarga sebelah abah . Jadi semua sedara akan ramai berkumpul kat sana . Sehari before raya pun rumah dah penuh sebab semua prefer tidur rumah je , takda nak check in hotel memana . Kata orang reramai lagi seronok kan walaupun sempit sempit . hihi . Untuk Raya kali ni , Tunang along pun ikut raya sama , Heera . Ala Kira beraya sebelah keluarga mertua lah . Tak lama lagi dah nak kahwin kan . hihi . Tahun ni , kurang meriah sebab Tok ayah tak buat korban sebab ada sedara yang tak dapat balik kampung :( . tapi so far Okay jeh ramai juga yang datang :) . Lepas beraya Kuala Muda , pergi rumah Cikda dgn Ayahda dkt penang , petang petang sebelum balik singgah rumah Cik as , rumah kwn umi , dlu umi pernah mengasuh anak dia , mimie . Dpt makan laksa buyong pula , sedappp , favourite dari kecil sampai ke besar . Sebelum Magrib semua dah kat rumah . Kesimpulannya seronok dpt jumpa sedara yang lama tak jumpa ;) 

Heera and me ;)

outfit for Hari raya 

Natural Make up 


Penutup ;)
*Gambar raya aidilfitri hari tu ;D
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam
 dan Selamat menjalankan Ibadah Korban dari Kami Sekeluarga ;)

Nadzirah bt Zainol Abidin

Mesti tertanya-tanya kan kenapa tajuk entry kali ni "Nadzirah bt Zainol Abidin" . This is because it's one of my best friends at school :) . Jadi bila dah start cuti semester , macam biasa lah kiteorang akan lepak sama , tapi setiap kali cuti semester selalu aku jeh yang balik awal dulu . Si Nad dgn kekawan yang lain mesti lambat balik -,- . so kena lah tunggu dorang balik dulu baru boleh lepak sama tapi kalau lepak mesti tak semua yang ada sebab semua cuti lain lain , tapi bila semua dah bersatu , sumpah best *HAHA . Untuk kali ni aku lepak berdua jeh lah dengan si Nad ni dlu sebab yang lelain belum balik . Message punya message , last last jadi juga keluar , selalu kiteorg merempit je naik scooter aku pusing pusing kampung dgn bendang . Sekarang memang tak lahh nak naik motor kan , naik kereta lah *HAHAHA kemain . Kereta dah ada , nak pergi jejauh malas pula , lagipun pukul 5 ptg baru nak gerak keluar . so kiteorg decide lepak pantai je lah ptg ptg . Dah pick up si Nad , masuk je dalam kereta , macam macam cerita ada . comfirm comfirm lah cerita pasal uitm masing2 . Si Nad ni pula Uitm Merbok . cerita pasal classmate , boyfriend , kawan kawan lama haish macam macam cerita lah ada . Masa kat pantai , lepak ambil angin laut , ambil gambar tu of course lah kan *HAHAHA . Dalam pukul 7 lebih kiteorg gerak balik rumah ;) Even lepak kejap pun okay lah , dapat juga gelak bagai nak pecah perut *HAHA . 

22/10/2012

Yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end, and somewhere in the middle we became the best of friends .

Love you nad ;)


 This is my outfit for today ;) 
simple dress up , natural make up . 

Bye ;)

Birthday Girl ;)

23/10/1993 - lahir lah seorang bayi yang kecil molek bernama Ahwarul Ausiyatul Nisa' . hihi :')

Special for you , Ahwarul Ausiyatul Nisa'

You're such a special friend! It's a pleasure to remember you anytime, especially on your birthday and I have three wishes for you on your birthday. First, I wish that this Birthday teaches you something new and beautiful . Second , I wish that you have a day that you'll remember forever with a smile . And third, I wish you have an awesome day on your birthday . Maybe I'm not the first one but doesn't matter , in my mind I was the first one who thought of you at midnight on your special day . May Allah bless you Ahwarul ;)


We'll be Fiends Forever :')

Semester 3 ( Entry bergambar )

1 ) INTERVIEW SHAMSUL SAID DAN YAMAN IBRAHIM 

Assignment untuk subject Vcl - Journal about Modern Photographer .
 Assignment ni dalam grouping so member in our groups is aten , najla , awa , kaka , miera , era and me bytheway kiteorang ajak kas ikut sekali sebab tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang-sorang dekat bilik . At the same time , kas juga boleh dapat experience baru ;) So first , kiteorg jumpa Shamsul Said dekat Shah Alam then kebesokkan harinya jumpa Yaman Ibrahim dekat Bukit Antarabangsa . Kenapa sampai 2 photographer jumpa ? sebab kiteorg ni master . *HAHAHA . Sebenarnya secara kebetulan dua dua photographer ni free , kalau tak Shamsul said tak dapat join sebab nak fly ke China , last last jadi juga . so gitu lah ceritanya . 

GAMBAR BERSAMA SHAMSUL SAID


GAMBAR BERSAMA YAMAN IBRAHIM




* Semua gambar gambar photoshoot ni dekat Studio Yaman Ibrahim sendiri - Neo Studio .Setiap seorang dapat gambar portrait masing masing , Photographer by Yaman Ibrahim kot . Kau ada ? Haha .


2 ) TRIP TO BERNAMA

Organized by Department Photography and Creative Imaging . 



*gambar gambar masa ontheway to Bernama and Aten always beside me :') love you aten .


*sesi penerangan dan soal jawab .






The last from me hihi . omel kan . Haha


3 ) TRIP TO KELANTAN 

Trip ini untuk final assignment photojournalism - Kelantan in series . 
Banjaran Titiwangsa

wayang kulit 

Pasar Siti Khatijah

Gasing

Perkampungan nelayan

Akademi Nik Rashiddin (ukiran kayu)

Stesen Kereta api 

*beberapa keping gambar dari trip to kelantan . nak letak semua ? banyak sangat kot ;D


4 ) MUKHRIZ AND AYEB'S BIRTHDAY CELEBRATION

Bertempat di Tasik UTP .






* See ? meriahkan . Haha .  Macam ni lah baru kawan kawan :')


5 ) DINNER DEPARTMENT PHOTOGRAPHY
Bertempat di Tower Regacy Hotel , Ipoh .


Before majlis berlangsung




Pemenang baju tercantik bagi Perempuan KAK NAD (PART 4) ;)

Pemenang baju tercantik bagi Lelaki - FARID RAMLEE (PART 2) ;)

lecturers
lecturers
Senior Part 5

Senior Part 6

Mereka <3

All of these are memories during semester three .  I gonna miss all of the memories .

Health Talks ; Ulser mulut

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut ? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
Stres , Perubahan hormon , angkitan (infeksi) , Kekurangan zat makanan , Alahan , Radioterapi , Kimoterapi 

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk : 
Rasa membakar dalam mulut 
Kesakitan 
 Tidak selesa 
Hilang selera makan 
Demam 

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut : 
Gunakan bahan kumuran antiseptik 
Sapu gel atau krim penahan sakit 
Kekalkan kebersihan mulut yang baik 
Makan makanan lembut 
Elakkan makan makanan panas dan pedas 
Banyakkan minum air 

Ulser mulut ni take time nak sembuh maybe dalam 2 weeks paling lama lah tapi rasa sakit tu jangan cakap lah , kadang kadang boleh buat gaduh je , yang tadinya happy boleh tetiba jadi masam *haha . Kalau anda-anda Google petua ke penyebab ke tanda-tanda ke pasal Ulser mulut ni nanti semua sama je . For me yang tengah mengalami keadaan ni ,  I will ignore it to heal itself because sometimes when we always think about the pain , the pain will increased . Anyway , It's just for a while So don't worry , chill okay ;)

Tengoklah ulser saya ni nampak je kecil kecil comel , tapi sakitnya sumpah boleh buat gaduh ;D